fbpx
Pembaziran makanan turut mengundang isu kekotoran.

Sedekah dulu, bukan tak habis jual baru beri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tidak boleh makanan yang tidak habis dijual diletakkan di tepi jalan untuk gelandangan. Ingat mereka ini haiwan? Ini masalahnya, berniaga dahulu dan apabila tidak laku, baru disedekahkan.”

Itu tegas Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

Katanya, mana-mana pihak yang mahu menghulurkan sumbangan makanan kepada gelandangan perlu mengetahui kaedah betul untuk berbuat demikian.

“Sesuatu itu dikira sebagai sedekah kalau digunakan atau dimakan oleh penerima.

“Bagaimanapun, kalau sudah berlambak dan niat memang mahu kosongkan kedai dengan memberi makanan yang tak habis itu kepada orang lain, ini tidak dikira sebagai sedekah,” katanya kepada Kosmo!.

Makanan yang disumbangkan pelbagai pihak terbiar selepas gelandangan tidak mampu menghabiskannya.

Beliau juga berkata, perbuatan pihak-pihak tertentu memberi sumbangan makanan kepada gelandangan yang sekadar untuk memperlihatkan mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sepanjang bulan Ramadan juga tidak sepatutnya berlaku.

Tegasnya, perbuatan yang diibaratkan ‘melepaskan batuk di tangga’ itu adalah salah di sisi agama.

“Islam memang menggalakkan kita menderma, tetapi dalam menderma, memberi bantuan atau seumpamanya kena bijak menguruskannya agar tidak membazir, kena ada strategi.

“Pihak-pihak yang mengutip duit daripada masyarakat perlu pastikan sumbangan termasuk makanan diberi kepada yang selayaknya untuk elak daripada berlaku pembaziran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN