fbpx

Saya reda apa sahaja keputusan Isnin ini – Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Foto oleh Shidiqqin Zon

GOMBAK – Pengarah kontroversi Syamsul Yusof bersedia dengan hati terbuka apa sahaja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangganya pada Isnin ini.

“Redalah apa sahaja…mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya (Puteri Sarah). Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang ‘hurt’ (menyakitkan) isteri saya,” katanya ketika ditanya mengenai laporan JKP yang akan dibaca di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah ketika ditanya mengenai perkara sama mengatakan JKP akan memaklumkan kepada mahkamah tentang status rundingan itu.

“Sekiranya gagal, kita akan pergi ke peringkat kedua iaitu hakam,” kata peguam syarie itu.

Terdahulu, Puteri Sarah akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI