fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan hingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di tiga negeri berkenaan.

“Di Sarawak melibatkan Miri dan Limbang , Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod) serta WP Labuan,” kata kenyataan itu hari ini.

Katanya, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI