fbpx

2 lelaki jual mercun didenda RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Gemas. Gambar hiasan

TAMPIN – Dua peniaga mercun di dua lokasi berbeza sekitar Gemas termasuk di Bazar Ramadan dijatuhkan hukuman denda RM300 di Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Foad Shaharudin, 27, dan Arbaiafendi Alias, 34, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Kartini turut memerintahkan 14 hari penjara sekiranya kedua-dua tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes Mohamad Foad, pada 29 Mac kira-kira pukul 7.30 malam, pemeriksaan polis di gerai kanopi Felda Jelai 1 telah menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit yang sah polis.

Antara mercun yang ditemukan dalam pemeriksaan di gerai yang dijaga tertuduh ialah dua unit Happy Boom Dush 30 (Roman Candle); enam unit Happy Boom 20 shoots (Roman Candle); dua kotak Happy Boom Thunder Clap; dan dua unit Bearboom Small Peacock Fountain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI