KUALA LUMPUR – “Terima kasih kepada penaja saya, Bob T20 untuk pertarungan kali ini.”
Itu antara kata-kata petarung Lubnan, Ramadan Ondash selepas menewaskan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo pada aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok hari ini.
Dalam sesi temu bual selepas pertarungan, Ramadan turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya termasuk dari Malaysia.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong saya,” katanya.
Bob T20 sebelum ini mula menjadi perhatian apabila tampil sebagai antara penaja utama Ramadan menjelang pertarungan menentang Jojo.
Penajaan terhadap Ramadan itu turut mencetuskan perhatian selepas pempengaruh media sosial berkenaan secara terbuka mengakui mahu melihat Jojo ditewaskan.
Menerusi podcast (audio siar) yang di YouTube, Bob mendedahkan dia menaja petarung dari Lubnan itu kerana mempunyai isu peribadi dengan Jojo, malah dipercayai menawarkan bonus sekiranya Ramadan berjaya menewaskan Jojo.
Terdahulu, Ramadan mencipta kemenangan ke atas Jojo menerusi keputusan ‘split decision’ selepas kedua-dua petarung beraksi sengit selama tiga pusingan dalam kategori flyweight Muay Thai. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














