fbpx
Tan Cheng Hoe dan Sergio Aguero hadir pada sidang media praperlawanan sebentar tadi. - Foto ihsan Malaysia NT

Harimau Malaya turun tanpa tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain tengah Harimau Malaya, Sergio Aguero memulakan perang psikologi dengan menganggap Thailand lebih tertekan untuk meraih keputusan positif menjelang aksi Piala ASEAN 2026 di Stadium Rajamangala, malam esok.

Aguero mengakui skuad negara sedikit kepenatan kerana sudah mengharungi dua perlawanan dalam kejohanan berprestij itu berbanding Thailand yang mempunyai tempoh rehat lebih panjang selepas hanya menentang Laos minggu lalu.

Namun, pemain naturalisasi dari Argentina itu percaya perkembangan positif yang ditunjukkan Harimau Malaya dalam dua aksi awal mampu menjadi bekalan penting untuk menghadapi cabaran lebih besar menentang Gajah Perang.

“Sudah tentu kelebihan memihak kepada Thailand yang mempunyai masa rehat lebih lama tetapi kita sudah beraksi dua perlawanan dan mula menunjukkan peningkatan.

“Setiap perlawanan yang diharungi memberi peluang kepada kami untuk menjadi lebih baik.

“Cuma, aksi kali ini dijangka lebih sukar kerana kami mempunyai gaya permainan yang sama seperti Thailand. Jadi pasukan tidak sabar untuk turun beraksi dan menunjukkan kemampuan kami,” katanya pada sidang media di Bangkok sebentar tadi.

Sementara itu, jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe mengakui ketiadaan Endrick Dos Santos yang mengalami kecederaan dianggap sebagai kehilangan besar buat Harimau Malaya.

“Ini satu berita yang kurang baik untuk pasukan. Ini satu kerugian kerana Endrick adalah seorang pemain berpengalaman dan boleh membimbing pasukan.

“Barisan kejurulatihan perlu mencari langkah penyelesaian yang terbaik untuk menggantikan Endrick,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN