fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

Peniaga bazar Ramadan jual sushi tercemar didenda RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Padah menjual sushi yang didapati tercemar dengan bakteria berbahaya, seorang peniaga bazar Ramadan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh, Khairul Fazlan Ab. Aziz, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Fazlan didakwa menjual makanan sedia dimakan iaitu ‘sushi miniroll chicken floss’.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Bazar Ramadan Sungai Tarom, di sini pada pukul 4.50 petang, 22 Februari lalu.

Hasil analisis makmal mendapati makanan berkenaan mengandungi bakteria ‘staphylococcus aureus’ pada kadar 5.5 × 10² CFU/g, sekali gus menjadikannya tercemar dengan mikroorganisma patogenik.

Khairul Fazlan didakwa mengikut Peraturan 39(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Nik Muhammad Hanif Nik Abdull Halim, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN