fbpx

Operasi hospital, klinik di Pulau Pinang lancar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi perkhidmatan hospital dan klinik di Pulau Pinang berjalan lancar susulan Mogok Doktor Malaysia yang memasuki hari kedua hari ini.

GEORGE TOWN – Kesemua operasi perkhidmatan kesihatan awam di Pulau Pinang sehingga petang ini, berjalan lancar walaupun Mogok Doktor Malaysia memasuki hari kedua, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Fadzilah Shaik Allaudin yang mana kesemua perkhidmatan kesihatan awam di negeri itu berjalan seperti hari-hari sebelumnya.

“Setakat tengah hari tadi, perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan berjalan seperti biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, meluahkan rasa kesal apabila mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk berjumpa doktor yang didakwa berpunca daripada tindakan mogok berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI