fbpx

Kuih satu 10 sen licin 60 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLINA (dua dari kiri) melayani pelanggan di gerainya di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap semalam.

KUALA NERANG – Sebuah gerai di Felda Lubuk Merbau, di sini menjadi tumpuan penduduk yang mahu mendapatkan kuih pada harga 10 sen sebiji.

Gerai Cucoq Sekupang yang diusahakan Roslina Saad, 54, itu menawarkan 15 jenis kuih antaranya karipap, buah melaka, ke­tayap dan lopes.

Menurut Roslina, harga kuih 10 sen sebiji itu kekal sejak dia mula berniaga lebih 20 tahun lalu.

“Saya tidak nafikan kos bahan mentah meningkat dan boleh dikatakan terlalu tinggi, tetapi saya tetap kekalkan harga kerana mahu bantu orang ramai.

“Sebenarnya apabila kita buat kuih dalam kuantiti yang banyak, kita masih mampu meraih untung dan menggaji pekerja,” katanya di sini semalam.

Katanya, dengan harga tersebut, pelanggannya terutama yang kurang berkemampuan dapat merasai aneka kuih pada harga RM1.

“Kalau beli kuih RM1, pelanggan sudah boleh dapat 10 biji kuih yang boleh dicampur,” ujarnya.

Menurutnya, selain menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan, dia juga mahu me­lakukan amal jariah kepada penduduk di situ menerusi jualan kuih pada harga murah.

“Alhamdulillah, kadangkala kuih habis terjual dalam masa kurang dua jam,” jelasnya yang menyediakan sehingga 5,000 biji kuih setiap hari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI