fbpx

Buruh maut jatuh sungai ketika panjat besi paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dibawa naik ke darat selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika sedang bekerja di sebuah tapak projek hidroelektrik di Kampung Star, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri di sini ketika sedang bekerja di sebuah tapak projek hidroelektrik di Kampung Star di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Md. Kashem Sikdar, 35, dipercayai jatuh ke dalam sungai itu bersama besi paip yang dipanjatnya ketika sedang melakukan kerja di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, seorang penyelia projek di kawasan itu melihat mangsa terjatuh bersama besi paip.

Katanya, mangsa dipercayai memakai pakaian dan peralatan keselamatan semasa bertugas.

“Usaha menyelamat mangsa menjadi sukar apabila arus Sungai Nenggiri ketika itu deras. Mayat mangsa dapat dinaikkan ke darat kira-kira 40 minit kemudian.

“Siasatan mendapati, mangsa sudah bekerja di tapak pembinaan hidroelektrik tersebut selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI