fbpx

[VIDEO] Kekecohan libatkan penyokong Perak FC, ‘casual’ Penang tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan dipercayai membabitkan penyokong Perak FC dan 'casual' Penang dalam kejadian yang berlaku lewat malam tadi.

GEORGE TOWN – Tular video kejadian pergaduhan dipercayai membabitkan sekumpulan penyokong Perak FC dan ‘casual’ Penang selepas berakhir perlawanan keenam Liga Super di Stadium Bandaraya di sini lewat malam tadi.

Sehingga petang ini, masih belum diketahui jumlah sebenar individu terlibat termasuk motif sebenar kejadian berlaku.

Menjengah di satu ruangan TikTok, netizen berbalas komen termasuk ada yang mengaitkan punca mercun yang dilemparkan penyokong.

“Merugikan pasukan masing-masing jika didenda oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia),” ujar seorang netizen.

“Sudah-sudahlah…bola ini hendak eratkan perpaduan bukan gaduh-gaduh,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kita perak selalu kena pandang buruk bang reda sajalah, walaupun benda bukan daripada kita,” beritahu netizen lagi.

Terdahulu, pada perlawanan malam tadi, Penang FC melakar kejutan apabila buat pertama kali mencipta kemenangan di laman sendiri musim ini selepas membenam Perak FC 3-1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI