fbpx

Tiga wanita warga Indonesia, Vietnam diburu Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga wanita warga asing diburu JIM bagi membantu siasatan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan tiga wanita warganegara asing bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih, Selangor.

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, mereka termasuk dua wanita warga Indonesia dikenali sebagai Putri Harahap, 28, dan Lili Febryan, 27, yang beralamat terakhir di Health Club Auspicious World Sdn Bhd, G7, Jalan USJ Sentral 1, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, Subang Jaya.

Menurutnya, seorang lagi wanita warga Vietnam dikenali Le Thi Phuong Ly, 27, yang beralamat terakhir yang sama dengan wanita Indonesia.

“Ketiga-tiga mereka dikehendaki berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan imigresen 1963. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mazlan Saaizan,” katanya.

Katanya, Mazlan boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI