fbpx

Tune Protect, bolttech sedia perkhidmatan perlindungan peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simmons (kiri) bersama Nambiar (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara dua syarikat di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – bolttech telah menjalin kerjasama strategik dengan Tune Protect Group (Tune Protect) untuk melancarkan perkhidmatan perlindungan peranti penyelesaian generasi terbaharu dengan perkhidmatan sokongan di negara ini.

bolttech adalah korporat ejen yang dilantik dan menjadi penyedia perkhidmatan sokongan peranti.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menawarkan penyelesaian perlindungan untuk peranti dengan lebih mudah secara menyeluruh kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif bolttech bagi Eropah dan Asia, Mark Simmons berkata, melalui kerjasama tersebut, pelanggan di Malaysia akan mendapat manfaat perlindungan terhadap peranti yang diinsuranskan.

“Kami akan terus mengukuhkan rangkaian dengan Tune Protect untuk menghasilkan penyelesaian berinovatif bagi memenuhi kehendak, gaya hidup ke arah digital para  pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Group, Rohit Nambiar menerangkan, seiring dengan misi kumpulan menjadi sebuah syarikat insurans digital dan gaya hidup, kerjasama dengan bolttech menawarkan peluang untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran kumpulan.

“Kami menjadikan ia sebagai pertama di di Malaysia dan akan terus meneroka lebih banyak peluang terbaik untuk mengembangkannya ke seluruh negara,” terang beliau. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI