fbpx

Harimau betina masuk perangkap Perhilitan di Felda Kerteh 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau belang betina yang berjaya ditangkap Perhilitan di Felda Kerteh 1, Dungun semalam.

DUNGUN – Kebimbangan penduduk di sekitar Felda Kertih 1 di sini terhadap kemunculan harimau belang berakhir selepas seekor harimau betina berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada semalam.

Haiwan buas tersebut dipercayai telah memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan sejak bulan lalu pada petang kelmarin sebelum diketahui anggota Perhilitan keesokan harinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Felda Kerteh 1, Wan Zukri Wan Yusuf berkata, penduduk kampung percaya harimau belang tersebutlah yang sering dilihat berkeliaran sejak beberapa bulan lalu.

“Penduduk kampung sebelum ini telah beberapa kali terserempak dengan kelibat Pak Belang tersebut di sekitar kawasan ladang kelapa sawit diusahakan kami.

“Syukur perangkap yang dipasang Perhilitan akhirnya membuahkan hasil pada bulan Ramadan mulia ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Wan Zukri percaya harimau belang sama yang mengganas membunuh beberapa haiwan ternakan mereka dan penduduk sekitar seperti Rasau, Ketengah Jaya, Hulu Paka dan Durian Mentangau sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong yang dihubungi enggan mengulas sebaliknya memberitahu kenyataan rasmi akan dikeluarkan ibu pejabat Perhilitan di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI