fbpx
SKUAD hoki remaja lelaki negara diletakkan sasaran memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5 Mei ini. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Cabaran awal sebelum ke Piala Dunia Hoki Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Muhammad Amin Rahim merasakan saingan Sukan SEA Kemboja 2023 mempunyai cabaran tersendiri yang mampu mematangkan permainan anak-anak buahnya.

Walaupun Malaysia berstatus raja hoki rantau Asia Tenggara tetapi temasya di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei ini merupakan kejohanan kompetitif antarabangsa pertama buat barisan pemain Young Tigers.

Jika dapat mencapai sasaran meraih pingat emas, ia membuktikan barisan pemain berada pada landasan tepat sebelum menghadapi ujian sebenar iaitu Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur pada 5 hingga 16 Disember nanti.

“Setiap perlawanan atau kejohanan ada cabaran sendiri. Cabaran kali ini adalah salah satu perkara yang bagus untuk mematangkan pasukan.

“Kita hantar pasukan remaja ke Sukan SEA sebagai persiapan untuk Piala Dunia Remaja nanti. Saya melihatnya sebagai sesuatu yang baik dan harap para pemain menyahut cabaran ini.

SKUAD hoki remaja lelaki negara diletakkan sasaran memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5 Mei ini. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

“Kita akan cuba buktikan pasukan ini mampu memberikan pingat emas buat Malaysia pada Sukan SEA nanti,” kata Amin pada sesi latihan pasukan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Dalam masa sama, Amin percaya empat tonggak senior, Ramadan Rosli, Amirul Hamizan Azahar, Najib Abu Hassan dan Zaimi Mat Deris tiada masalah untuk menyesuaikan diri apabila menyertai sesi latihan pada 26 April nanti.

Amin tidak merasakan kesukaran untuk keempat-empat pemain senior cepat mengadapatasi dengan pasukan remaja walaupun tidak turut sertai menyertai Jelajah Australia di Perth bermula 4 April ini.

“Saya tak risau sebab mereka pun jalani latihan yang sama bersama pasukan senior sebab konsep dan cara permainan pun sama. Kehadiran pemain-pemain senior ini akan bantu pasukan memenangi pingat emas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR