fbpx

Baru dua negeri nyatakan minat tukar rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (kanan) mengakui hanya dua pihak setakat ini yang berminat dengan tawaran KBS untuk proses penukaran rumput stadium.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan setakat ini hanya dua buah negeri me­nunjukkan minat untuk menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis ‘Zeon Zoysia’.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pada saat ini pihaknya hanya menerima surat daripada kerajaan negeri Kedah dan kerajaan negeri Perak yang menyatakan minat untuk menaik taraf padang di negeri masing-masing.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih meneliti kan­dungan surat berkenaan untuk sebarang tindakan lanjut.

Pada 7 Mac lalu, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput di padang terpilih.

“Kita telah terima dua surat iaitu daripada kerajaan negeri Perak dan Kedah berkenaan soal pertukaran rumput dan saya akan panggil kedua-dua pihak untuk melakukan perjum­paan bersama barisan exco bagi berbincang isu ini.

“Saya juga nak dapatkan ketetapan dari negeri lain sekiranya mereka menolak tawaran yang kita berikan ini. Saya akan minitkan perkara tersebut dalam mesyuarat dan kita akan lakukan perbincangan seterusnya,” katanya ketika ditemui majlis bersama Persatuan Kriket Malaysia (MCA) di Bayuemas, Klang malam kelmarin.

Dalam pada itu, Hannah turut menegaskan sekiranya ada ne­geri berminat, kerajaan negeri perlu membaik pulih sistem saliran sebelum kerja-kerja penggantian rumput dilakukan.

“Jika ada negeri berminat, mereka perlu pastikan bahawa sebelum penggantian rumput dilakukan, infrastruktur saliran dan semua sistem itu dalam keadaan baik.

“Jika infrastruktur itu tidak baik, mereka perlu baik pulih dulu sebelum kita bagi dana untuk penanaman rumput baharu.

”Perlu diingatkan juga bahawa selepas kita bagi dana, penyelenggaraan stadium itu adalah di bawah pemilik tanah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI