fbpx

Tiga terbunuh Proton Saga bertembung Proton Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Saga yang remuk terlibat dalam kemalangan meragut tiga nyawa di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus, Pontian hari ini.

PONTIAN – Tiga terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa yang maut adalah lelaki tempatan yang menaiki kereta Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan sedang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat di lokasi.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI