fbpx

Kedah dibadai ribut, puting beliung hingga Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian khemah gerai buah-buahan diterbangkan angin kencang di Pekan Jitra pada 23 Mac lalu.

ALOR SETAR – Lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung dijangka berlaku di seluruh daerah di Kedah berikutan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac lalu sehingga pertengahan Mei depan.

Menurut Pengarah Meteo­rologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz, Kedah terdedah kepada kesan fasa peralihan daripada Monsun Timur Laut (MTL) ekoran bentuk muka bumi di negeri ini.

“Semasa peralihan monsun ini akan berlaku cuaca cerah pada sebelah pagi tetapi dijangka hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam.

“Kedah berpotensi untuk kejadian angin kencang termasuk puting beliung kerana bentuk muka bumi negeri ini yang ba­nyak kawasan lapang seperti sawah padi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, beberapa kejadian ribut telah berlaku di negeri ini termasuk di Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada 23 Mac lalu dan di Padang Serai di daerah Kulim kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca terutama sebelah petang memandangkan kejadian ribut dan puting beliung mampu menjejaskan struktur yang tidak kukuh.

“Elakkan berada di kawasan yang dilanda ribut ketika kejadian. Kalau kejadian di rumah cari sudut rumah yang paling kukuh dan selamat untuk berlindung.

“Ribut petir ini juga dijangka berlaku di sekitar perairan Kedah jadi nelayan kalau boleh cuba elak turun ke laut pada waktu petang,” jelasnya

Tambahnya, selain ribut dan puting beliung, peralihan monsun juga dijangka mengakibatkan kejadian banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh dan panahan kilat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI