fbpx

iPhone jatuh dalam minyak panas masih berfungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video yang menyaksikan sebuah telefon pintar jenis iPhone yang terjatuh dalam minyak panas.

PETALING JAYA – Seorang peniaga makanan melalui detik cemas apabila telefon pintar jenis iPhone miliknya terjatuh ke dalam minyak panas ketika merakam video ‘live’.

Melalui perkongsian di laman Facebook milik Zaiem_ain, telefon tersebut jatuh ke dalam minyak panas ketika dia sedang menggoreng ayam.

Namun menariknya, video ‘live’ yang sedang dirakamkan itu masih lagi ‘berjalan’ dan tidak mengalami masalah sehingga peniaga tersebut menyelamatkan telefon tersebut.

Rata-rata orang ramai juga turut memuji kualiti telefon terbaik dan menganggap berbaloi untuk memiliki telefon pintar tersebut walaupun harganya mahal.

“Patutlah harga beribu, jatuh dalam minyak panas pun masih elok lagi. Minyak tengah menggelegak tu,” ujar Wan Azuan.

“Siap boleh lap lagi minyak panas, macam tu rupanya suasana dalam minyak panas, ngeri bunyi dia,” kata Saifullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI