fbpx

65 jam tanpa henti, Hoorrey x Fest Raya himpun 100 selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN Hoorrey X Fest Raya pada 19 hingga 21 April depan melibatkan penyertaan daripada 100 selebriti tanah air.

KUALA LUMPUR – Menghimpunkan seramai 100 selebriti tanah air, Hoorrey X Fest Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 19 hingga 21 April depan mencatat sejarah tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn. Bhd., Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, penganjuran festival besar-besaran itu memberikan pengunjung pengalaman membeli-belah dalam tempoh 65 jam tanpa henti.

Antara artis yang membuka gerai jualan ialah Izzue Islam, Lann A To Z, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Wan Scoin, Jaafar Onn dan Sasha Aziz.

“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang disediakan.

“Saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan namun kami percaya acara ini mampu menarik ramai pengunjung dengan memberi pilihan mendapatkan pelbagai barangan keperluan Aidilfitri di bawah satu bumbung.

“Sebab itu, kami berikan pengalaman membeli-belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung terutama yang mahu mencari keperluan hari raya pada saat-saat akhir,” katanya.

Ulas Mohammad Alif, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.

“Tiada istilah mahu bersaing, sebaliknya kami cuma mahu memberi peluang kepada usahawan termasuk artis dan personaliti popular dengan agresif selama tiga hari.

“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang sama ada peniaga mahupun pelanggan merasai suasana bazar yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Pada masa sama, Mohammad Alif meluahkan rasa teruja apabila sepanjang tempoh festival nanti turut diselitkan Infaq Ramadan Hoorrey iaitu jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur beramai-ramai di WTCKL.

“Inilah acara yang ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program bersahur beramai-ramai diadakan di tapak festival yang memberikan pengalaman tersendiri.

“Program sebegini juga antara sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bersama sokongan pihak lain termasuk syarikat korporat, NGO serta orang perseorangan yang ingin menyumbang,” katanya.

Hoorrey X Fest Raya yang menawarkan harga sewaan gerai serendah RM1,500 turut mendapat kerjasama Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI