fbpx

Restoran sediakan hidangan tupai goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Street Urchin menyediakan hidangan tupai ke dalam menu untuk para pelanggannya di Manchester, England. - Foto Street Urchin/Jam Press

LONDON –  Sebuah restoran di Manchester, England menimbulkan sedikit kekecohan selepas menambah hidangan yang dimasak menggunakan tupai ke dalam menunya, lapor portal berita New York Post semalam.

Menurut laman webnya, Restoran Street Urchin mempunyai menu yang sentiasa berubah dan salah satu hidangan terbaharunya ialah tupai goreng.

Tupai itu dihidangkan dengan roti hazelnut boujee bersama daun nettle pesto berharga £22.50 (RM122.50), lapor Jam Press.

Britain merupakan habitat kepada dua spesies tupai berbeza iaitu tupai merah Eurasia atau nama saintifiknya Sciurus vulgaris dan tupai kelabu atau Sciurus carolinensis, kata laman web Muzium Sejarah Alam Semula Jadi.

Tupai kelabu jauh lebih lazim daripada tupai merah Eurasia walaupun bukan berasal dari Britain, kata muzium berkenaan.

Reaksi terhadap hidangan baharu Street Urchin jelas bercampur-campur, lapor Jam Press.

“Sesetengah menu daging yang sangat baik membuatkan saya mahu menghentikan diet vegetarian saya. Hidangan ini bagaimanapun bukan salah satu daripadanya,” kata seorang pelanggan restoran tersebut, William Lailey.

Seorang lagi pelanggan, Mong Yang Lo pula berkata: “Kelihatan sangat menarik.”. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI