fbpx
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Lelaki status bankrap didakwa 207 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang bekas pengarah projek didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, di sini hari ini atas 207 pertuduhan menjalankan perniagaan atau memasuki kontrak tanpa memaklumkan statusnya sebagai bankrap yang belum dilepaskan.

Tang Wee Tat, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Bagi enam daripada 207 pertuduhan, dia didakwa menjalankan perniagaan atau memasuki kontrak untuk perniagaan dengan menandatangani ‘Letter Of Award’ (Surat Setuju Terima) sebagai Pengarah Global Max Resources Sdn Bhd dengan Lien Dak Engineering Sdn. Bhd. di Batu Kawan, dari 10 Mei hingga 21 Ogos 2023.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu tanpa memaklumkan kepada syarikat berkenaan bahawa dia adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah, sebelum menjalankan perniagaan atau memasuki kontrak tersebut,

Bagi 201 pertuduhan lagi, dia didakwa menandatangani surat-menyurat rasmi syarikat menggunakan jawatan sama bagi menjalankan urusan perniagaan antara 26 November 2021 hingga 6 Mei 2024.

Bagi kesemua pertuduhan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta Insolvensi 1967 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama dan kika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Penyiasat Jenayah Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Inspektor Ain Najwa Abdul Nasser manakala tertuduh diwakili peguam K Thangesvaran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN