fbpx

Acara Thai Hot Guy tidak wajar pada bulan Ramadan – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster acara Thai Hot Guy.

PUTRAJAYA – Penganjuran aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tidak wajar diteruskan terutamanya pada bulan Ramadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang jenis penganjuran seharusnya mengambil kira sikap saling menghormati antara masyarakat dan sesama kaum yang mempunyai sensitiviti mereka tersendiri.

“Kita akan kenal pasti dahulu fakta, siapa buat, kelulusan oleh pihak mana sama ada pihak berkuasa tempatan atau mana-mana (pihak).

“Tapi reaksi umum saya adalah jelas, memasuki ambang Ramadan ini sebaik-baiknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan sebab ia mewujudkan keresahan terutama ketika umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan suci ini.

“Sebagai menteri, saya cenderung untuk menyebut (adalah) menjadi kewajipan semua apabila tiba bulan suci kita hayati dalam konteks memuliakannya dan mengambil peluang mengukuhkan elemen saling memahami, hormat-menghormati serta tidak masuk ‘territory’ yang dianggap boleh mencetuskan sensitiviti,” katanya.

Saifuddin pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persembahan yang bakal menampilkan lelaki berpakaian wanita atau Thai Hot Guy pada program Grand Opening Privacy Club Tun Razak, 30 Mac depan.

Terdahulu, sebuah bar di ibu negara menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial dengan imej kumpulan Thai Hot Guy sebagai tetamu undangan yang menjadi penghias poster. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI