fbpx

La Liga: Barcelona makin hampiri gelaran La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESSIE muncul wira Barcelona apabila meledak gol kemenangan ketika mengatasi Real pada aksi di Camp Nou awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Barcelona kini dilihat ‘sudah sebelah kaki’ untuk menjulang kejuaraan La Liga musim ini hasil kemenangan ­berharga 2-1 ke atas juara bertahan, Real Madrid dalam aksi ­El Clasico awal pagi semalam.

Kemenangan di Camp Nou itu membolehkan The Catalans melebarkan penguasaan sebagai pendahulu liga dengan kelebihan 12 mata ke atas Real di tangga kedua selepas mengharungi 26 perlawanan.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez memuji sikap tidak berputus asa anak-anak buahnya sehingga penghujung perlawanan untuk merakam kemenangan ke-22 liga musim ini.

“Kami mendominasi perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang. Saya amat gembira ke­rana ini adalah kemenangan yang sangat penting buat kami dalam perebutan kejuaraan liga.

“Secara keseluruhan saya ­merasakan kami lebih unggul ­daripada segala aspek ­berbanding Real. Walaupun kami belum memenanginya (La Liga), tetapi kemenangan ini satu langkah yang sangat penting,” kata­nya.

Barcelona dengan 54 peratus penguasaan permainan, ketinggalan kepada Real hasil jaringan sendiri Ronald Araujo seawal minit kesembilan sebelum Sergi Roberto menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Tiga mata penting sah menjadi milik Barcelona selepas pemain gantian, Franck Kessie meledak gol kemenangan tuan rumah pada penghujung perlawanan.

“Sukar untuk memilih siapa pemain terbaik antara Sergi (Roberto) dan Franck (Kessie). Kedua-duanya bermain dengan cukup baik, lebih-lebih lagi dua gol mereka memastikan kemenangan pasukan,” jelas Xavi.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI