fbpx

[VIDEO] Anwar solat jumaat, makan tengah hari bersama warga UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambai tangan kepada warga UKM selepas selesai menjamu selera di Kafeteria Randau Rasa, di sini hari ini. -Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikam solat Jumaat bersama lebih 3,000 jemaah terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Masjid Universiti, hari ini.

Beliau turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff.

Turut hadir, Naib Canselor UKM Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak.

Solat Jumaat tersebut, diimamkan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Dr. Hamidi Ishak yang turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Ekstremis Agama’.

Dalam khutbah berkenaan, Hamidi berkata, sikap ekstrem tidak wajar dalam beragama dan diingatkan oleh Rasulullah SAW yang mana ia dianggap sebagai faktor kebinasaan umat dan sangat dicela Islam.

Katanya, seseorang yang mengamalkan sikap ekstrem di dalam diri iaitu sikap akan menjadi faktor kepada ekstrem dalam pengamalan.

“Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa Islam adalah agama yang mudah, sederhana dan praktikal sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang dapat dipraktikkan dalam semua situasi, masa serta tempat.

“Umat Islam hendaklah menyedari sikap ekstrem dan radikal dalam beragama hanya akan menjadi penyebab munculnya fitnah, kemudaratan dan kehancuran umat. Jauhi sikap prejudis, tidak boleh bertolak-ansur, memaksa orang lain dengan satu pandangan, berlebih-lebihan serta bersikap kasar.

“Umat Islam hendaklah mengisafi bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci dalam menyelami keindahan serta kesempurnaan beragama bahkan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat.

Selepas menunaikan solat Jumaat, Anwar turut meluangkan masa menyantuni dan berbual ringkas bersama jemaah sebelum beredar.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di UKM pada pukul 1.20 petang di Kafeteria Randau Rasa bagi menjamu selera bersama 150 mahasiswa serta kakitangan universiti tersebut dengan menikmati juadah Menu Rahmah iaitu nasi putih berlaukkan ikan keli – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI