fbpx

UCL: Haaland, City berpesta gol di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak lima gol ketika membantu City membelasah Leipzig 7-0 pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan, kehadiran Erling Haaland tidak memberikan perbezaan ketara dalam usaha mereka memburu gelaran Liga Juara-Juara musim ini.

Haaland, 23, berada dalam kelas tersendiri apabila meledak lima gol ketika membelasah RB Leipzig 7-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik di Etihad awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Guardiola, 52, percaya rekod jaringan itu tidak akan membantu sekiranya mereka gagal bertahan dengan lebih bagus berbanding musim lalu.

“Penglibatan Haaland tidak begitu penting kerana punca utama kami tersingkir kerana melepaskan lebih banyak gol kepada pihak lawan walaupun ba­nyak juga mencipta jaringan.

“Kami jaring empat gol ke atas Real Madrid dan enam menentang AS Monaco. Kami juga ledak empat gol terhadap Tottenham (Hotspur), tetapi kami terkeluar dari saingan kerana gawang kami dibolosi.

“Perkara ini boleh dielakkan daripada berlaku. Jadi, sekarang kami perlu bertahan dengan baik dan pada masa sama menjaringkan gol ke atas pasukan lawan,” kata Guardiola.

Selain lima gol Haaland pada minit ke-22, 24, 45, 53, dan 57, dua lagi jaringan The Citizens awal pagi semalam diperoleh menerusi Ilkay Gundogan (m-49) serta ketua pasukan, Kevin de Bruyne (m-90).

Ia menyaksikan City merekodkan kejayaan agregat 8-2 ke atas Leipzig selepas terikat 1-1 sewaktu aksi pertama untuk mara ke suku akhir buat kali keenam berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI