fbpx

Razowa mahu tambah 1,000 lagi ejen baharu tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada produk keluaran Razowa yang telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

PETALING JAYA – Razowa Malaysia yang terkenal dengan produk bengkung kesihatan untuk membantu wanita selepas bersalin atau masih dalam tempoh berpantang mahu mengu­kuhkan lagi jenamanya melalui aktiviti promosi serta pemasaran yang lebih aktif tahun ini.

Pengasas syarikat, Hartini Halim berkata, bengkung tiga saat yang popular di platform online masa kini adalah hasil inovatif daripada para bidan yang memberi idea untuk menghasilkan bengkung dalam memenuhi keperluan ibu muda moden.

Kumpulan sasaran itu dilihat lebih terdorong menggunakan barangan yang mudah, selesa dan dijual pada harga berpatutan.

“Bengkung yang dijual dalam tiga saiz termasuk untuk mereka yang berbadan besar itu dijual pada harga antara RM80 hingga RM120 seunit,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hartini menjelaskan, selain bengkung, syarikat turut memiliki produk lain seperti girdle untuk lelaki dan wanita, Saunami Firming Cream, Homey Pedicure Set, Aromatherapy Massage Oil, Himalayan Salt dan Brightening Scrub, Minto Aroma oil.

Pelbagai produk berkenaan yang dijual pada harga antara RM38 hingga RM120 itu turut mendapat sokongan daripada kira-kira 1,300 ejen di seluruh ­negara.

“Kami mengunjurkan untuk menambah kira-kira 1,000 lagi ejen baharu pada tahun ini,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI