fbpx

Tiada tauliah, JHEAT minta Ustaz Azhar Idrus mohon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak memiliki tauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk berceramah dan mengadakan kuliah agama di negeri ini.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, semakan mendapati UAI tidak termasuk dalam senarai 1,313 individu termasuk 30 penceramah selebriti yang telah menerima tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran di Terengganu.

“Kita hanya akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur terdiri jawatankuasa masjid dan surau yang mengundang penceramah bertauliah terbabit.

“Sehubungan itu, individu (termasuk UAI) yang ingin mengajar dan mengadakan kuliah agama di masjid dan surau dialu-alukan memohon tauliah daripada JHEAT,” katanya di sini hari ini.

M. Rozi berkata, permohonan tauliah terbabit perlu menyertakan maklumat peribadi dan kelulusan akademik mereka.

Jelas beliau, ketetapan hanya mengizinkan penceramah bertauliah untuk mengajar di masjid dan surau negeri ini tidak bermaksud merendah-rendahkan ilmu agama individu terbabit.

“Sebaliknya, ia sebagai kawal selia bagi memastikan tiada pengajaran agama di negeri ini yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.

Kosmo! 4 Mac lalu melaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melarang semua ahli dan aktivis politik daripada menyampaikan ceramah, kuliah dan pengajaran agama serta menjadi imam dan khatib solat Jumaat di masjid dan surau di seluruh Terengganu berkuatkuasa serta-merta.

Ketetapan itu sebagai mezahirkan rasa dukacita Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap tindakan segelintir golongan tersebut yang terus berbuat demikian tanpa kebenaran Maidam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI