fbpx
CHUN CHEN dilihat antara prospek terbaik berdasarkan rutin berisiko tinggi yang bakal dipersembahkannya.

Sukan Komanwel: Chun Chen pertaruh rutin sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DARJAH kesukaran rutin yang lebih tinggi bakal menjadi pertaruhan utama gimnas negara, Ng Chun Chen dalam misi memburu pingat pada penampilan sulungnya di temasya Sukan Komanwel 2026 yang membuka tirai saingan gimnastik artistik bermula hari ini hingga 28 Julai.

Atlet berusia 24 tahun itu percaya kelebihan rutin yang dimilikinya mampu membezakan dirinya daripada pencabar lain, namun mengakui ia hanya memberi kelebihan sekiranya setiap pergerakan dapat disempurnakan dengan konsisten.

“Dari segi darjah kesukaran, saya rasa tidak ramai yang melakukan lompatan seperti saya di sini. Itu memang satu peluang, tetapi saya tetap perlu memberikan persembahan terbaik. Kalau darjah kesukaran tinggi, tetapi persembahan tidak kemas, hasilnya tetap sama.

“Jadi, saya perlu kekal konsisten. Saya pernah berdepan pertandingan yang semua peserta memiliki tahap kesukaran hampir sama, jadi apa juga keadaannya saya perlu memberikan segala-galanya,” katanya.

Terdahulu, skuad gimnastik artistik lelaki negara menjalani sesi latihan rasmi di Glasgow International Arena sebagai persiapan terakhir menjelang saingan yang membuka tirai esok.

Mengulas sesi latihan itu, Chun Chen mengakui tempoh yang diberikan agak terhad sehingga mengehadkan peluang untuk menyesuaikan diri dengan peralatan pertandingan yang berbeza berbanding kebiasaan digunakan di Malaysia.

“Peralatan di Malaysia, Eropah, Asia dan Amerika Syarikat semuanya berbeza. Jadi, apabila datang ke sini kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan peralatan yang digunakan.

“Nasib baik kami sudah banyak melalui pengalaman di kejohanan antarabangsa sebelum ini. Apa juga keadaannya, kami perlu menyesuaikan diri secepat mungkin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN