fbpx

Mangsa keganasan rumah tangga tidak dilindungi Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa (tiga dari kanan) memberi taklimat kepada petugas media yang hadir di Wisma Perkeso Seberang Jaya hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Segelintir wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga di Pulau Pinang dikatakan masih keliru berhubung Skim Keselamatan Suri Rumah (SKSSR) yang baharu diperkenalkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Disember tahun lalu.

Pengarah Perkeso Negeri, Mustafa Draman berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kes membabitkan mangsa-mangsa terbabit yang hadir ke pejabat bagi mendapatkan maklumat tentang pampasan perlindungan menerusi skim tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, SKSSR hanyalah untuk perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau sebarang insiden berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan.

“Sebagai contoh, bencana domestik boleh berlaku di dalam atau di luar rumah yang menyebabkan kecederaan diri kepada seseorang suri rumah akibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangga.

“Kami dapati, ada beberapa mangsa (keganasan rumah tangga) datang untuk mendapatkan perlindungan skim ini dan pihak kami telahpun memberi penjelasan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas tamat sesi Taklimat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Suri Rumah (SKSSR) anjuran Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau memberitahu lagi, sebanyak 24,369 orang yang bekerja sendiri mencarum menerusi SKSPS di negeri ini tahun lalu dan ia dijangka akan terus meningkat berdasarkan rekod yang dicatatkan sehingga Februari tahun ini adalah sebanyak 1,335 pencarum baharu.

“Sepanjang tahun 2022, Perkeso Pulau Pinang telah merekodkan sebanyak 24,369 pencarum manakala pada tahun 2023 ini telah berlaku pertambahan sehingga 1,335 pencarum setakat Februari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI