fbpx

Lelaki serang pasar raya milik keluarga isteri Lionel Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya itu diuruskan oleh sepupu kepada isteri Messi. - The Sun

BUENOS AIRES – Dua lelaki bersenjata menyerang sebuah pasar raya di Argentina yang dimiliki oleh keluarga isteri Lionel Messi iaitu Antonela Roccuzzo, sebelum meninggalkan mesej kepada bintang bola sepak itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Salah seorang suspek dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) berjalan ke premis itu dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah bidai logam, tingkap dan pintu depan.

Lebih enam tembakan dilepaskan ke arah pasar raya tersebut.

Suspek dikatakan turut meninggalkan mesej tulisan tangan yang berbunyi: “Messi, kami sedang menunggu anda. Javkin adalah pengedar dadah, dia tidak akan melindungi anda.”

Mesej itu ditulis menggunakan arang. Pablo Javkin pula merupakan Datuk Bandar Rosario ketika ini.

Sebuah stesen televisyen tempatan mendakwa suspek itu cuba memeras wang daripada Messi.

Pasar raya Supermercado Unico itu dikatakan milik keluarga Antonela dan difahamkan kini diuruskan oleh salah seorang sepupunya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI