fbpx
Johari merupakan calon nombor 3 jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini

Johari mohon perwakilan UMNO beri peluang kepada beliau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memohon kepada perwakilan UMNO memberi peluang kepada beliau untuk berada di dalam kepimpinan utama parti.

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua merupakan calon nombor tiga menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti tersebut.

“Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada parti, saya Johari Abdul Ghani, calon nombor tiga menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

“Doakan agar keputusan saya untuk bertanding ini akan dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Johari berkata, ekonomi merupakan nadi dan perkara penting buat rakyat dan menjadi satu cabaran buat UMNO untuk memimpin serta menyuarakan pelbagai isu ekonomi yang kompleks.

Jelasnya, dengan mendepani isu-isu ekonomi, beliau percaya ia akan secara langsung menyumbang keyakinan rakyat kepada UMNO dan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk bersama parti itu.

Selain beliau, dua penyandang sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Mahdzir Khalid telah mengesahkan mahu mempertahankan jawatan berkenaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan bulan depan.

Difahamkan, lapan pemimpin UMNO sudah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding jawatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN