fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan sebanyak 10 negeri bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu laporan di Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang) serta beberapa kawasan di Pantai Timur.

“Antaranya adalah Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).

“Keadaan sama turut berisiko di Jerantut, Pahang serta beberapa daerah di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” katanya hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tambah laporan itu lagi, bagi negeri Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu.

“Bagi negeri Sabah pula melibatkan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN