fbpx

Nadal akui tidak sedia ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL enggan mengambil risiko dan menumpukan proses pemulihan kecederaan pinggul apabila menarik diri aksi Indian Wells dan Terbuka Miami. – AFP

LOS ANGELES – Juara Grand Slam 22 kali, Rafael Nadal terlepas acara ATP 1000 di Indian Wells dan Terbuka Miami selepas memberi tumpuan kepada pemulihan kecederaan.

Nadal sebelum ini dijangka terlepas enam hingga lapan minggu selepas disahkan mengalami kecederaan pinggul sewaktu sai­ngan Terbuka Australia.

Hasil pemeriksaan lanjut pada 26 Februari lalu, Nadal menegaskan terdapat kesan koyakan otot sederhana di pinggul kirinya sekali gus enggan mengambil risiko untuk turun lebih awal ke gelanggang.

“Saya sedih kerana saya tidak dapat turun bersaing di Indian Wells mahupun Miami. Sangat kecewa tidak berada di sana. Saya pasti merindui semua peminat di Amerika Syarikat.

“Pada waktu ini, saya memanfaatkan masa yang ada dengan memulakan pemulihan di gimnasium dan menjalani rawatan ­fisioterapi seperti yang disarankan oleh doktor.

“Ini adalah rawatan susulan dan saya bersedia untuk kembali dalam keadaan terbaik,” kata Nadal yang mara ke final Indian Wells tahun lalu.

Jika Nadal dalam keadaan baik, kemungkinan bekas pemain No. 1 dunia tersebut akan turun memulakan misi untuk memburu gelaran Terbuka Pe­rancis pada Mei nanti di Roland Garros. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI