fbpx

Dewan Rakyat: Ranking bola sepak Malaysia antara isu dibangkitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persoalan berhubung ranking pasukan bola sepak Malaysia di peringkat Asia Tenggara, Asia dan FIFA (dunia) antara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) turut membangkitkan persoalan adakah kemampuan jurulatih dan pemain naturalisasi sedia ada masih dipercayai berdasarkan pencapaian di Kejohanan AFF Suzuki Cup 2022-2023.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pula dijadualkan membangkitkan tentang kenaikan harga rumah dan pertambahan pendapatan yang tidak seimbang menyulitkan pembeli rumah pertama.

Persoalan mengenai nasib anjing penyelamat yang telah melebihi umur 10 tahun yang akan dikemukakan oleh Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) turut dijangka mencuri tumpuan pada persidangan hari ini.

Manakala, Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) bertanyakan soalan mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah pelancong asing memasuki negara ini, tetapi tidak keluar semula dari negara ini.

Gobind Singh Deo (PH-Damansara) pula meminta penjelasan terperinci kerajaan mengenai kesan sampingan vaksin Pfizer dan langkah yang akan diambil untuk penerima vaksin Pfizer yang mengalami kesan sampingan.

Datuk Dr. Alias bin Razak (PN-Kuala Nerus) membangkitan persoalan berhubung talian aduan merokok ekoran rungutan rakyat bahawa aduan melalui talian tersebut tidak
mendapat tindakan susulan yang sewajarnya

Persoalan berhubung usaha kerajaan untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia luar bandar terutama di kawasan FELDA pula dibangkitkan oleh Young Syefura Othman (PH-Bentong). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI