fbpx

Zambry menang tanpa bertanding Ketua UMNO Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

LUMUT – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut tanpa bertanding bagi sesi 2023/2026.

Bekas Menteri Besar Perak itu mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2004 selepas menjadi calon tunggal menghantar permohonan untuk jawatan tersebut apabila pencalonan ditutup kelmarin.

Setiausaha Agung Barisan Nasional itu turut menghantar pencalonan untuk mengekalkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selepas menarik diri daripada pencalonan Naib Presiden parti tersebut.

Setiausaha UMNO Bahagian Lumut, Mohd. Shahril Yahaya, berkata bekas Bendahari UMNO Bahagian Lumut, Datuk Norzaman Man pula memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian tersebut juga tanpa bertanding.

Beliau memaklumkan, bagi kerusi Naib Ketua pula, berlaku pertandingan satu lawan satu apabila bekas Timbalan Ketua Bahagian yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan ahli perniagaan, Mohamad Esmee Fariss Mat Isa.

Penyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Azri Jaafar, tidak mempertahankan jawatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI