fbpx

Masih ada untung jual ayam goreng RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADZIL menunjukkan ayam goreng RM1 yang dijual di gerainya di Flat Bukit Gedung, Bayan Baru George Town semalam.

GEORGE TOWN – Biarpun hanya memperoleh sedikit keuntungan, seorang peniaga nekad mengekalkan harga jualan ayam gorengnya iaitu RM1 seketul sejak tiga tahun lalu kerana mahu berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan.

Fadzil Nusi, 36, berkata, biarpun terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah, namun dia masih mampu bertahan untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilan di kawasan parkir motosikal flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.

Menurutnya, gerainya itu seringkali menjadi tumpuan pelanggan terdiri kanak-kanak dan dewasa pelbagai peringkat usia serta bangsa.

“Saya kekal menjual ayam goreng pada harga RM1 sehingga ke hari ini kerana mahu membantu keluarga berpendapatan rendah termasuk mereka mempunyai anak ramai.

“Saya pasti, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, lauk ayam bukan lagi menu wajib kebanyakan orang,” katanya.

Fadzil berkata, secara puratanya, kira-kira 100 ketul ayam goreng yang dimasak dengan aduan tepung sendiri habis dijual hampir setiap hari.

“Paling tersentuh apabila ada pelanggan memberitahu hanya dapat merasai hidangan ayam sekali sahaja sebulan menyebabkan saya tidak menaikkan harga jualan ayam goreng.

“Memang untung tidak banyak tetapi saya puas hati kerana dapat membantu orang selain melihat kegembiraan anak-anak kecil menikmati ayam goreng,” ujarnya.

Selain itu, Fadzil turut menyediakan tempahan tepung ayam goreng rangup yang dihasilkannya mengikut resepi sendiri buat kenalan niaganya.

“Jika diberi peluang suatu hari nanti, saya berhasrat untuk meluaskan perniagaan ini selain memperkenalkan jenama tepung goreng ayam saya sendiri,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI