fbpx

Anak sendiri meragam, orang lain disuruh ‘tapau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok dikecam teruk gara-gara menggesa pengunjung kedai makan yang tidak tahan dengan ‘bingit’ anak-anak kecil, supaya bungkus dan makan di rumah.

Cikgu Ayu Empire, menerusi video perkongsiannya itu, mengecam tindakan orang ramai yang memandang sinis terhadap kanak-kanak yang berbuat bising atau meragam di kedai makan.

“Kalau kau orang pergi makan kat kedai makan ada anak kecil menangis ke apa, tolong tak payah nak pandang seronglah.

“Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan kat rumah je? Sekali anak aku nangis, sekali pandang belakang muka tak puas hati.

“Kalau rasa tak suka suasana macam tu apa kata korang bungkus makan kat rumah je?,” tegasnya.

Kenyataan wanita itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan kata-kata tersebut.

“Saya masih akan pandang atas bawah mak bapak dan anak dia yang memekak di tempat awam smpai mengganggu gegendang telinga,” kata Lynn.

“Sepatutnya Cikgu Ayu la ‘tapau’ bawa balik makan kat rumah,” komen Nieda Ahmad pula.

“Anak kita nangis kita patut mintak maaf kat orang tau sebab dah kacau ketenteraman orang. Bukan orang tu yang kena makan kat rumah,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI