fbpx

Suami suka hina, fitnah isteri pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tergamaknya seorang suami apabila suka menghina dan menuduh isteri sendiri seperti ‘bohsia’ dan ‘pelacur’ dengan pelbagai prasangka buruk sehingga menjatuhkan maruah wanita tersebut.

Kisah itu dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali selepas wanita itu mengadu tentang masalah dihadapi sehingga membuatkan dia mengalami tekanan akibat tindakan suami.

“Suami suka panggil saya pelacur lah, bohsia lah. Pernah satu hari tu dia cakap pada jiran saya, ‘dia ini jangan percaya ni, nampak pakai jubah tudung labuh, tapi dia ini pelacur. Siapa nak ‘pakai’ dia ambillah’.

“Gara-gara suami pernah tangkap bekas isterinya dulu dengan lelaki lain dan kini, si isteri yang baru dikahwini hampir tiga tahun, menerima kesannya,” katanya pada hantaran Facebook yang memetik kenyataan wanita itu.

Suzana berkata, lelaki tersebut menghamburkan kejian itu sejak sebelum wanita tersebut mengandung dan kini, pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.

“Klien cari saya alami ‘depression’ sebab suami masih berprasangka dan kerap menuduh isteri ada hubungan dengan lelaki lain. Apabila si isteri gelak sendiri bila tengok benda kelakar di media sosial, bergurau dengan sahabat atau adik-beradik sendiri, suami tuduh isteri sedang bergurau dengan lelaki.

“Bila ditunjuk perkara sebenar, suami tetap tak percaya. Isteri yang pernah bekerja dengan pendapatan hampir RM4,000 sebulan, berhenti kerja demi elak suami cemburu buta, tapi masih dituduh berhubung dengan lelaki bila banyak masa di rumah saja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI