fbpx

Hapuskan caj RM1 tidak jejas bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan/AFP

PETALING JAYA – Pihak bank tidak akan terjejas dari segi keuntungan sekiranya caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna melalui transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapus atau dikurangkan.

Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, bank-bank tempatan ini sudah mempunyai keuntungan yang tinggi dan sekiranya caj RM1 dihapuskan atau dikurangkan, ia tidak memberi masalah kepada pihak pengurusan serta sistem mereka.

“ATM terbahagi kepada tiga iaitu milik bank tempatan itu sendiri, milik bank berbeza yang digunasama serta ATM di bawah Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS).

“Untuk ATM milik bank sepatutnya tiada caj dikenakan kepada pengguna, sama juga ATM bank lain gunasama dan jika tidak mampu untuk hapuskan keseluruhan caj mungkin boleh diturunkan kepada 50 sen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Caj ATM RM1 akan dirujuk kepada Bank Negara

Tambahnya, kerajaan yang mentadbir ketika ini perlu memainkan peranan dalam mendengar luahan rakyat terutama golongan terkesan dengan meminta supaya institusi perbankan Malaysia melupuskan kadar caj tersebut atau mengu­rangkannya kepada 50 sen.

“Ini kerana pada masa sekarang bank telah dibantu de­ngan kadar faedah yang tinggi, maknanya bank boleh buat duit daripada memberi pinjaman selain fokus kepada penjanaan melalui caj penggunaan ATM.

“Maka dalam keadaan sebegini bank boleh buat untung jika memberikan pinjaman, jadi fokuslah kepada pemberian pinjaman berbanding membuat keuntungan melalui caj ATM.

“Kita ambil contoh di Pakistan, caj ATM di sana hanya 24 sen, manakala di Dubai tiada caj kepada pengguna,” ujarnya.

Berita berkaitan: Ramai minta hapuskan caj RM1 transaksi ATM

Katanya, dalam keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tinggi, kadar faedah bank turut meningkat dan membuka peluang untuk bank membuat keuntungan daripada pinjaman pengguna seperti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi.

Menerusi laporan yang dikeluarkan sebuah bank tempatan, pendapatan operasi bersih bagi pihaknya pada tahun 2022 meningkat sebanyak 20.6 peratus apabila berjaya mencecah RM7.41 bilion.

Semalam, Kosmo! melaporkan, banyak pihak menggesa caj RM1 penggunaan ATM dihapuskan kerana ia membebankan pengguna dan dianggap seperti ‘rompakan’ secara terang-­terangan.

Pada masa sama, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam memberitahu, pihaknya akan mengemukakan surat rayuan kepada kerajaan supaya memansuhkan caj RM1 ATM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI