fbpx

Caj ATM RM1 akan dirujuk kepada Bank Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Caj RM1 yang dikenakan bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dirujuk kepada pihak Bank Negara (BNM).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan dan pertimbangan daripada pihak BNM terhadap isu terbabit.

“Apabila timbul isu (berkaitan caj RM1), sudah tentu kita perlu rujuk kepada BNM. Dari situ baru kita boleh dapatkan pandangan dan kesimpulan secara holistik.

“Ini kerana, perkara-perkara ini di bawah kawalan BNM yang mana mereka ada akta sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi ‘Kick-Off’ Dialog Strategik: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pakar-pakar ekonomi menggesa agar caj RM1 transaksi ATM wajar dihapuskan berikutan ia telah lama membebankan pengguna.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI