fbpx

Lelaki ditahan polis ugut bunuh ibu teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki mengamuk memecahkan cermin kereta sebelum mengugut mahu membunuh ibu teman wanitanya ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berhubung kejadian tersebut sekitar pukul 2.02 petang.

Katanya, kejadian berlaku apabila teman lelaki kakaknya yang berada di rumah tersebut didatangi bekas isterinya.

“Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan kereta Proton jenis Saga FLX milik pengadu dan mematahkan tempat pemegang pintu menggunakan sebilah parang.

“Dalam pada itu, suspek turut mengugut mahu membunuh ibu dan anak pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, katanya, sepasukan polis menangkap suspek berusia 40 tahun itu di Jalan 30, Kampung Cheras Baru, di sini, pukul 3.30 petang, semalam.

Menurut Farouk, pihaknya turut merampas sebilah parang berukuran lebih 64 centimeter (cm) yang digunakan suspek.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod berkait dadah, manakala hasil ujian air kencing adalah positif methamphetamin dan amphetamine.

“Punca suspek mengamuk adalah disebabkan bertengkar dengan bekas isteri di hadapan rumah teman wanita.

Jelas Farouk, suspek direman selama empat hari sehingga Isnin hadapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI