fbpx

Sorok bubu naga dalam tong ais terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang disorok dalam tong ais terpakai yang dirampas Jabatan Perikanan Selangor.

KUALA SELANGOR – Modus operandi menyimpan bubu naga dalam tong ais di sekitar kawasan jeti khususnya Selangor Utara berjaya dibongkar Jabatan Perikanan Selangor, hari ini.

Dalam operasi khas selama empat jam bermula pukul 10 pagi itu, 715 unit bubu naga dirampas dianggarkan bernilai RM42,900 hasil pemeriksaan terhadap 18 premis di kawasan jeti sekitar Bagan Tengkorak, Kuala Selangor dan Sungai Besar, Sabak Bernam, namun tiada penangkapan individu dibuat.

Pengarah Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, bubu naga memberi kesan negatif pada ekosistem laut selain turut memerangkap anak ikan seterusnya menjejaskan sumber perikanan.

“Bubu itu digunakan oleh sampan berenjin dan dipasang pada kedudukan antara satu hingga empat batu nautika dari pantai dan penggunaan peralatan itu didakwa lebih jimat oleh segelitir pihak namun memusnahkan benih, anak ikan dan sumber perikanan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Noraisyah, operasi penguatkuasaan itu akan dijalankan secara berterusan bagi membanteras kegiatan penggunaan bubu naga tersebut.

“Mana-mana pihak yang didapati menggunakan bubu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI