fbpx

6 ‘doktor’ pusat hiburan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
38 individu termasuk enam gadis pelayan pelanggan (GRO) diperiksa dalam serbuan JSJN Bukit Aman di sekitar Lembah Klang, semalam.

KUALA LUMPUR – Enam individu yang juga ‘doktor’ pusat hiburan yang membekalkan dadah antara 33 individu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang, semalam.

JSJN Bukit Aman menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, seramai 38 orang termasuk enam gadis pelayan pelanggan (GRO) diperiksa dalam serbuan tersebut.

“Antara yang diperiksa, enam wanita warga asing ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63, manakala 27 orang lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya, 1,620 mililiter jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair Methamphetamine.

“Kami turut merampas 133 peket plastik yang berisi bahan disyaki dadah methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 2,069 gram.

“Termasuk juga satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methampehtamine seberat 31 gram turut dirampas dalam serbuan itu, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM43,750,” katanya.

JSJN menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI