PETALING JAYA – “Kau faham tak dia punya maco tu. Reti bertukang, betulkan paip, masak lepas tu semua lah”.
Itu pengakuan secara terbuka seorang wanita mengenai ciri-ciri lelaki idamannya sehingga meraih perhatian orang ramai.
Menggunakan profil @Ztyywho di media sosial dia berkata, lelaki yang pandai membuat kerja-kerja seperti itu, namun berpelajaran sangat disukainya.
“Aku lebih suka tengok lelaki yang buat kerja-kerja kampung, tapi dalam masa sama dia berpelajaran. Kau faham tak dia punya maco tu.
“Lepas tu reti berbahasa pula. Kalau marah, lembut ja macam, ‘Sayang…kan abang dah cakap…’,” dedahnya.
Pendedahannya itu meraih pelbagai respons orang ramai, malah ada yang cuba ‘memperkenalkan’ ahli keluarga yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
“Abang aku lepasan ijazah perakaunan tapi balik kampung tolong mak uruskan chalet dengan kebun. Tahu-tahu kemahiran bertukang pun dia tambah baik. Sekarang kerja peladang dan cita-cita nak buka kedai runcit . Dia bujang cuma cerewet makan,” komen seorang pengguna.
“Lepas tu dia pandai tanam sayur, buah…jimat duit. Kita ni asal tanam je sayur, ‘meninggal’ terus. Kaktus pun boleh arwah,” ujar pengguna lain.
“Comel, tapi tu lah…lelaki begini wujud dalam novel. Mungkin wujud di dunia nyata tapi susah la nak jumpa,” kata @Hienna09. – KOSMO! ONLINE














