fbpx
Abdul Malik (tiga dari kiri) bercakap pada sidang akhbar di IPD Tapah hari ini.

Kehilangan Jaslinda tiada kaitan jenayah along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Kehilangan pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih di sini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah along.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar semua pihak tidak menghebahkan perkara tersebut.

“Tiada unsur along, tiada unsur jenayah membabit wanita yang hilang itu, saya minta supaya tak perlu dihebohkan perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga berkata, pihaknya akan merakam percakapan rakan pendaki Jaslinda seramai 13 orang yang terlibat dalam operasi pendakian itu.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk membantu kita dalam menyelesaikan pencarian ini,” katanya.

Terdahulu, beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda akan diteruskan namun dibuat pada skala kecil bermula esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN