fbpx

Ubat tidak berdaftar bernilai RM945,000 dirampas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (kanan) memeriksa sebahagian produk ubat dan kosmetik yang telah dirampas pada program Gerak Gempur Cakna Ubat di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 544 jenis produk ubat dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM945,727 telah dirampas oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sejak tahun 2021.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesemua produk tersebut dirampas hasil daripada 121 operasi dijalankan di seluruh negeri imi sepanjang tempoh dua tahun tersebut.

“Kebanyakan produk dirampas merupakan ubat-ubatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebelum itu, kita telah melakukan risikan dan siasatan terhadap setiap aduan diterima daripada orang awam,” katanya selepas merasmikan program Gerak Gempur Cakna Ubat di sini hari ini.

Kasemani berkata, produk kosmetik dan ubat-ubatan mencurigakan yang dijual menerusi media sosial juga tidak terlepas daripada pemeriksaan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi JKNT.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi JKNT turut berjaya merampas sebanyak 1,231 jenis produk dan kosmetik bernilai lebih RM1.19 juta pada tahun 2019 dan 2020.

“Sebanyak 121 kes telah dikenakan denda bernilai RM282,450 terhadap peniaga terlibat membabitkan kesalahan mengikut Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun 1952 (Pindaan 2022) dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956).

“Semakan boleh dilakukan menerusi laman web, www.npra.moh.gov.my atau menggunakan aplikasi FarmaChecker,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI