fbpx

Gempa bumi kedua landa Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi kedua melanda wilayah tenggara Turkiye selepas gempa bumi pertama kurang dari 12 jam hari ini. - Foto USGS

ANKARA – Satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di tenggara Turkiye  pada hari ini beberapa jam selepas gempa bumi yang pertama.

Menurut agensi berita Bloomberg,  gempa bumi kedua itu berlaku  dalam tempoh kurang dari 12 jam selepas gempa bumi yang pertama.

Balai cerap Kandilli yang berpangkalan di Istanbul berkata, gempa bumi  itu berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Kahramanmaras pada 1:24 tengah hari (waktu tempatan).

Setakat ini masih tiada laporan tentang kematian atau kecederaan akibat gempa bumi tersebut.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria awal hari ini yang membunuh sekurang-kurangnya ribuan  orang ketika mereka tidur dan gegaran dapat dirasai sejauh pulau Cyprus dan Mesir. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI