fbpx

Tujuh penumpang terselamat bas ekspres terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah bas ekspres yang terbalik di Jalan Besar Jengka Dua di Maran semalam.

MARAN – Tujuh penumpang sebuah bas ekspres melalui detik mencemaskan apabila bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Besar Jengka Dua di sini semalam.

Bagaimanapun kesemua tujuh penumpang dan pemandu terselamat dalam kejadian kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki bas dalam perjalanan dari arah Maran menghala bandar Jengka.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu bas dipercayai cuba memotong sebuah kereta dan pada masa sama keluar sebuah lori dari jalan ladang di sebelah kanan jalan ke laluan utama.

“Pemandu bas yang terkejut cuba masuk semula ke laluannya namun gagal lalu bergesel dengan kereta dan kemudiannya terbabas dan terbalik di kanan jalan,”katanya di sini hari ini.

Katanya akibat kejadian pemandu bas dan tujuh penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk mendapat rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI