fbpx

Richworks lahir 350 usahawan capai jualan lebih RM1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd pada Program RichWorks Nak Ubah Hidup 2023, di Pusat Konvenyen Setia City, di sini hari ini. -Foto SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya melahirkan seramai 350 usahawan yang mencapai jualan lebih RM1juta sepanjang tempoh empat tahun bermula sejak 2018.

Kesemua usahawan itu meliputi tiga industri utama iaitu makanan dan minuman (F&B), kosmetik kecantikan serta fesyen atau pakaian.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, kejayaan itu hasil keberkesanan pelbagai seminar keusahawanan yang dianjurkan pihaknya sehingga kini.

Kata beliau, kebanyakkan usahawan itu terdiri daripada mereka yang bermula daripada program asas bagi formula meningkatkan jualan perniagaan masing-masing.

“Pada peringkat awal, mereka merupakan ahli Spire bagi kategori pementoran memperoleh jualan RM1juta setahun sebelum ditingkatkan kepada
Titanium (lebih RM10 juta).

“Alhamdulilah, kesemua 350 usahawan itu berjaya mencapai sasaran dan ada daripadanya hanya dalam tempoh tiga ke enam bulan,” katanya pada sidang akhbar sempena seminar Nak Ubah Hidup di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.

Program pembuka tirai 2023 bagi Richworks itu disertai lebih 6,000 bangsa usahawan seluruh negara.

Seminar selama tiga hari itu meliputi bimbingan strategi dan panduan pengurusan perniagaan oleh Pengasasnya yang juga Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Jelas Radz, proses mencapai jualan RM1 juta itu diakui memerlukan pelbagai peringkat terutama yang baru menceburi dunia perniagaan.

“Kaedah atau teknik ilmu pengajaran juga berbeza mengikut modul perniagaan namun kita semestinya memfokuskan peningkatan jualan ke tahap maksimum.

“Usahawan selebriti hasil bimbingan Richworks yang berjaya mencapai sasaran itu antaranya Nana Mahazan dan Tya Arifin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Radz berkata, seminar Nak Ubah Hidup kali ketiga berkenaan disertai lebih 70 peratus golongan muda berusia 30 tahun ke bawah dan baru mahu memulakan perniagaan.

“Ini merupakan antara seminar terbesar kita dan menyasarkan beberapa lagi program berskala besar tahun ini bagi membantu bangsa usahawan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI